Friday 14 July 2017

Mula Cabaran Sebagai pelajar PJJ

Assalamualaikum w.b.t

Memandangkan ini adalah kali kedua menulis blog (baru belajar create blog) so nak mintak maaf awal2 kalau susunan agak terabur dan view agak skema sebab lom pandai nak letak background yang cun2 lagi..  kumpulan pelajar PJJ dari PACE UUM Kuala Lumpur ini terdiri daripada:




  1. Nurul Naim Bin Ridzuan (249721)
  2. Umi Amirah Binti A Bakar @ Abd Halim (249458)
  3. Mohamad Shamsul Anuar Bin Rahim (249788)
  4. Shazrie Bin Zainal Abidin  (249732)
  5. Nasrullah Bin Haron  (249805)
  6. Roma Dingon  (249725)


Berkenaan dengan tajuk kat atas tu, kami tahu bahawa ramai lagi yang ada pengalaman study part-time macam kami ni untuk berusaha ke arah masa depan yang lebih baik untuk mengubah kehidupan yang sedia ada ini kepada kehidupan yang lebih baik. Walaupun nak berjaya hari ni, ramai yang kata "kelulusan tak tinggi pun leh berjaya la,tengok si polan tu,kaya jugak walaupun belajar tak tinggi".Yalah makcik,tapi cari ilmu tu kan dituntut dalam agama, so kita set nak blajar sebab nak cari ilmu,kalau dapat naik pangkat itu adalah satu bonus.ok?? Sebelum tu kami nak terang maksud PJJ kat korang na sebab mungkin ada yang lom jelas tentang definisi PJJ ni. Ha ni serba ringkas definisi yang di cut n paste sebab kalau nak terangpun sama jugak maksudnya.

APA ITU PJJ???

Pada zaman teknologi moden yang semakin mencabar ini, manusia perlu melengkapkan diri dengan berbagai-bagai ilmu pengetahuan untuk menigkatkan mutu kehidupan. Di negara maju, istilah Pengajian Jarak Jauh (PJJ) bukan lagi merupakan istilah baru. Sistem PJJ telah diterima di seluruh dunia sebagai pendidikan yang sah dan diakui setanding dengan bentuk pendidikan yang lain. Kemajuan PJJ amatlah penting kerana sistem ini memberi pilihan pendidikan kepada golongan Konsep Pengajian Jarak Jauh

Pada prinsipnya kaedah PJJ mendokong konsep pemisahan antara pengajar dan pelajar. Dengan itu pengajaran dan pembelajaran berlangsung melalui bahan-bahan pembelajaran kendiri dalam pelbagai media. Dalam konteks PJJ, pembelajaran kendiri membawa maksud bahawa pelajar belajar bersendirian, tidak bertemu muka selalu dengan pengajar dan juga rakan yang lain. Pelajar PJJ bebas mempelajari sesuatu subjek mengikut selera ataupun kaedah masing-masing. Menurut Rozhan Hj. Mohammad Idrus (1994) terdapat dua ciri utama yang amat penting dalam pelaksanaan PJJ:
Segala pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara formal dapat dilaksanakan dan diseliakan secara jarak jauh iaitu dalam keadaan pelajar terpisah daripada pengajar. Tanggungjawab pembelajaran telah dipindahkan kepada pelajar itu sendiri. Dengan secara sendirian, pelajar akan belajar dan juga menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran bagi menambah dan memperolehi ilmu serta kemahiran yang dicari .manusia yang mahu menimba ilmu dengan cara yang berbeza daripada pendidikan formal.


PACE ditubuhkan pada 1 April 1999 bagi menyediakan peluang kepada masyarakat untuk meningkatkan taraf pendidikan dan mencapai tahap kelululusan yang lebih tinggi. PACE mempunyai tiga (3) unit utama iaitu : Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ), Unit Kerjasama & Berkembar (UKB), dan Unit Antarabangsa & Eksekutif (UAE).

VISI
Menjadi pusat pengurusan pendidikan berterusan terkemuka.

MISI
Melahirkan modal insan yang inovatif menerusi program pendidikan berterusan yang berkualiti.

MOTO
Gerbang pendidikan berterusan.

Sejak 1 April 1996, Unit Pendidikan Jarak Jauh (UPJJ) yang dahulu dikenali sebagai Pusat Inovasi Pendidikan (Pusat Inovasi Pendidikan-PIP) telah menguruskan pembelajaran jarak program (PJJ) di UUM. Walau bagaimanapun, dengan perkembangan pesat dalam sektor pendidikan, PACE telah ditubuhkan pada April 1999 , dan pengurusan UPJJ telah dipindahkan ke bawah pentadbiran PACE .
Dalam struktur yang dahulu, terdapat tiga (3) unit pentadbiran, iaitu Unit Pendidikan Jarak Jauh (UPJJ),Unit Francais dan Berkembar (UFB) dan Unit Pembangunan dan Pendidikan (UPP).

Program pertama UPJJ adalah Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dengan Kepujian BBA (Hons) pada 11 April 1998 dan program kedua adalah Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Awam dengan Kepujian BPM (Hons) telah diperkenalkan kepada calon-calon. Pada 1 April 1999, Unit kerjasama dan Berkembar (UKB) yang ditubuhkan pada 3 Mei 1998 (sebelum ini di bawah Pusat Penyelidikan & Perundingan (PPP)) telah diserahkan kepada dan ditadbir oleh PACE .Ia mengendalikan program Kerjasama & Berkembar antara UUM dengan Institusi Pengajian Tinggi Swasta ( IPTS).

Selain daripada unit-unit yang sedia ada , Unit Pembangunan Korporat (UPK) juga diwujudkan untuk merancang kursus-kursus jangka pendek yang menawarkan sijil anugerah kehadiran kepada para peserta. PACE dibangunkan lagi apabila Unit Diploma Kawal Setia (UKS) telah ditubuhkan pada 15 Disember 2001 untuk menyelaras penyeliaan program-program diploma yang sebelum ini diselaraskan oleh Fakulti.

Selepas penubuhan unit pengawasan ini, program diploma yang dijalankan oleh setiap fakulti dengan kolaborasi swasta Institusi Pengajian Tinggi (IPTS) telah diletakkan di bawah pengurusan UKB.

Pada masa ini, unit-unit di bawah pengurusan PACE terdiri daripada tiga unit utama iaitu:

  • ·         Program Pendidikan Jarak Jauh
  •            Program Kerjasama & Berkembar
  • ·         Program Antarabangsa dan Eksekutif


Pada 14 oktober 2016 bermulanya pendaftaran sebagai pelajar di bawah naungan Universiti Utara Malaysia dengan seramai lebih kurang 200 pelajar telah datang ke UUM cawangan Kuala Lumpur untuk menjalani sesi pendaftaran serta mengangkat sumpah ikrar sebagai pelajar UUM. Pelbagai krusus yang ditawarkan dengan tempoh pengajian akan memakan masa 4 hingga 5 tahun. Maka dengan itu kami bagai menempuh pelbagai cabaran onak duri kehidupan sebagai pelajar pengajian jarak jauh dimana kelas diadakan sebanyak 2 kali dalam tempoh sebulan mengikut sesi pengajian. Sehingga kini pada sesi April 2017 ini kami telah berjaya menempuh suka duka di semester ke2 ini. Banyak lagi cabaran yang bakal kami hadapi sehingga hari konvoksyen iaitu hari yang amat dinantikan oleh semua golongan pelajar tidak kira pelajar yang mengambil pengajian jarak jauh dan pelajar sepenuh masa.



Tugasan di kelas banyak membantu sistem permarkahan pada peperiksaan akhir kerana para pelajar PJJ ini dengan memberi peluang kepada para pelajar menimba ilmu disamping cabaran pelajar yang mempunyai komitmen yang lain seperti komitmen terhadap keluarga dan komitmen terhadap kerjaya masing-masing. Tugasan individu dan tugasan kumpulan akan mempengaruhi skema permarkahan dan ini akan meyumbang kepada markah pada peperiksaan akhir. Setiap pelajar PJJ akan bertungkus lumus bagi menyiapkan tugasan masing-masing 

Hari peperiksaan akhir semester bakal tiba, maka bermula la cerita palajar-pelajar part-time nih bertungkus lumus membaca buku, membaca nota-nota yang lepas, membuat study group dan macam-macam lagi. Menjalani kehidupan sebagai pelajar disamping mempunyai kerja hakiki yang perlu dibuat untuk menampung perbelanjaan seharian memerlukan jadual yang teratur dengan membahagikan antara masa dengan keluarga bagi pelajar yang berkahwin, masa dengan kerja-kerja hakiki yang tidak pernah habis, pelajar perlu menjalani rutin harian dengan tambahan kerja-kerja penugasan daripada Universiti, hal ini amat memerlukan pelajar tersebut mengatur jadual supaya ia tidak membuatkan para pelajar menjadi serabut apabila memikirkan peperiksaan akhir yang makin hampir ini. Moga kesemua pelajar dapat menamatkan pelajaran demi untuk mencapai matlamat masing-masing yang disimpan apabila mula-mula menjejak kaki untuk melanjutkan Pengajian Jarak Jauh ini.




1 comment:

  1. Casinos Near Foxwoods by Marriott Casino - Jetbluev
    Find out 남양주 출장안마 more about Casinos Near 경기도 출장마사지 Foxwoods by Marriott 공주 출장마사지 Casino and 김제 출장안마 nearby 충주 출장안마 hotels. Book online or call now for more details.

    ReplyDelete