VAT 69 atau 69 Komando merupakan pasukan Operasi khas Polis
Diraja Malaysia berpengkalan di Markas Briged Utara Ulu Kinta,Perak dan diletakkan dibawah arahan Timb. Jabatan Pengarah Keselamatan Dalam
Negeri/Ketenteraman Awam.
69 Komando sejarahnya bermula.
69 Komando telah dilatih khusus oleh pasukan United Kingdom
Special Air Service Regiment pada tahun 1969 untuk membanteras sebarang
kegiatan insurgensi oleh Parti Komunis Malaya. Nama 69 Komando ini diambil
bersempena tahun 1969 ditubuhkan sebagai unit tempur khas untuk menghapuskan
sebarang bentuk teknik pertempuran dan taktik gerila oleh pengganas komunis.
Penubuhan unit ini bermula apabila Menteri Dewan negeri perak mengemukakan
cadangan untuk menubuhkan satu pasukan elit untuk menentang
Lambang/maksud yang tersirat VAT 69/PGK Bravo.
Motto> Warisan Darah Perwira
Hitam>Simbolik kepada penugasan 69 Komando dalam
operasi-operasi yang mempunyai kerahsiaan yang tinggi.
Merah>Melambangkan keberanian bagi Perwira - perwira 69
Komando
Kuning>Melambangkan Ketaatsetiaan kepada Raja dan Negara.
Lembing / Tombak>Senjata tradisi yang digunakan oleh
pahlawan-pahlawan dan pendekar-pendekar Melayu.
2 Bilah Kerambit>Merujuk kepada angka 69, melambangkan
membunuh musuh secara senyap
Latihan asas 69 Komando terdiri daripada 3 fasa.
Fasa Pertama
Setiap pelatih akan diberi latihan khusus dalam teknik
rondaan khas.
Fasa Kedua
Setiap pelatih akan diberi latihan dan teknik seperti
penyusupan khas, komunikasi, perubatan perang dan penggunaan bahan letupan.
Para pelatih diajar memasang jerangkap samar, mematikan bahan letupan dan
pelbagai teknik pertempuran.
Fasa Ketiga
Latihan yang terakhir, para pelatih akan diuji dengan
pelbagai aspek berkaitan teknik-teknik yang telah dipelajari. Diakhir latihan,
perhatian khusus akan diberi kepada pelatih-pelatih untuk menentukan siapa
diantara yang mempunyai potensi sebagai anggota unit ini.
Payung Terjun.
Pasukan payung terjun 69 Komando bermula pada 1978 dimana 65 pegawai dan
anggota 69 Komando dihantar ke Hua Hin, Thailand untuk dilatih oleh tenaga
pengajar dari Pusat Latihan Payung Terjun Pasukan Polis Sempadan Polis Diraja
Thailand. Latihan asas payung terjun dijalankan selama sebulan dimana setiap
pelatih dikehendaki melakukan terjun statik. Setiap peserta hendaklah melakukan
10 kali penerjunan termasuk sekali di permukaan air. Setelah mendapatkan sayap
penerjunan, semua pelatih akan dilatih dengan penerjunan bebas atau kursus
lanjut (HALO / HAHO).
Cawangan Latihan Payung Terjun (PARA) 69 Komando bertanggung
jawab untuk mempertingkatkan latihan payung terjun dari asas hingga ke
peringkat lanjutan, termasuk rappelling & abseiling dari helikopter. Secara
fakta, 69 Komando juga turut melatih kemampuan mereka tersendiri.
Selain itu Unit Tindakan Khas (UTK) juga turut mendapatkan
sayap Payung Terjun PGK dengan mengikuti kursus Asas Payung Terjun yang
dikendalikan oleh Cawangan Latihan Payung Terjun (PARA) 69 Komando
(PGK).Setelah mendapat latihan dari PULPAK Sungai Udang Melaka.
Tempur Jarak Dekat (CQB) dan Menyelamat Tebusan.
Latihan tempur jarak dekat dijalankan oleh jurulatih 69
Komando sendiri setelah mendapat latihan dan tunjuk ajar dari British Special
Air Service (SAS) suatu ketika dahulu. Kursus ini dikhaskan untuk taktik dan
teknik operasi anti-pengganas. Antaranya adalah menyelamat tebusan di dalam
bangunan, pesawat dan kereta api.
Selam Tempur/Combat Diving
Keanggotaan lain yang diterapkan dalam 69 Komando adalah
selam tempur, semua pegawai dan anggota 69 Komando mampu melaksanakan misi
penyelaman. Latihan selama sebulan dilanjutkan dengan kursus ’Dive Master’
dengan kemampuan menyelam sedalam 150 kaki (50 meter). Mereka mampu dikerahkan
dari pesawat helikopter.
Umumnya, kemampuan anggota 69 Komando berkemungkinan
mengikuti kursus peringkat master untuk pertempuran gerila/hutan, FIBUA / OBUA
/ MOUT, penembak tepat, mencari dan menyelamat, payung terjun, tempur jarak
dekat, tempur tanpa senjata, komunikasi, selam tempur, perubatan, kawalan rapat
dan juga serbuan kapal.
Keputusan 69 Komando untuk menjadikan kemampuan
cross-training dibuat bagi semua anggota untuk memiliki lebih dari satu
keanggotaan. Setiap tahun beberapa anggota 69 Komando juga turut dihantar untuk
mengikuti kursus di luar negara.
Misi dan Operasi Komando 69
Pasukan elit 69 Komando mempunyai rekod pertempuran yang
baik tetapi mempunyai profil yang rendah.
Sebagai 'pasukan khas' yang menganggotai Pasukan Mencegah
Keganasan bersama tiga unit elit Angkatan Tentera Malaysia yang lain Majlis
Keselamatan Negara (MKN) di bawah arahan no. 18 iaitu pengurusan dan
pengendalian krisis, 69 Komando PGK merupakan responder keempat dan diletakkan
dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan selepas Rejimen
Gerak Khas (RGK), Pasukan Khas Laut (PASKAL) dan Pasukan Khas Udara (PASKAU)
untuk menangani krisis dan keganasan yang kritikal. Jika sekiranya Unit Tindak
Khas gagal menangani sebarang keadaan ancaman.
1969 - 69 Komando memulakan operasi pertamanya di hutan dan
berjaya menumpaskan sebilangan besar komunis dan merampas kesemua senjata dan
kelengkapan komunis.
Berikutan insiden kegiatan lanun yang mengganas di kawasan
pekan di Sabah, pasukan 69 Komando PGK telah dihantar beroperasi untuk
menumpaskan aktiviti lanun di Sabah dan hasilnya, kegiatan lanun berjaya
dihapuskan.
2001 Seorang ahli militan MNLF Filipina bernama Rizal Aleh
berjaya melarikan diri ke Sabah bersama bapanya dan memulakan kegiatan jenayah
dengan taktik-taktik lanun. Apabila 69 Komando yang diketuai oleh DSP Mohd Noor
bin Razak dihantar sekali lagi ke Sabah dalam Operasi yang digelar OPS Rambo
II, Rizal, bapanya dan rakan-rakannya berjaya diberkas dan dihadapkan ke
mahkamah Semenanjung atas jenayah yang dilakukan, kemudiannya Rizal dan bapanya
diserahkan kepada kerajaan Filipina memandangkan kedua-duanya amat dikehendaki
oleh pihak berkuasa di negara tersebut.
2005 - Lima pegawai dan 32 anggota dari Pasukan
Anti-Pengganas 69 Komando Ulu Kinta telah diterbangkan ke Kukup bagi
melaksanakan operasi merampas semula sebuah kapal MV Natris yang telah ditukar
nama kepada MV Paulijing dipercayai dilarikan di perairan Bertam, Indonesia.
Kapal tersebut telah dikesan oleh Pasukan Gerakan Marin di perairan Selat
Melaka setelah dilaporkan hilang pada tahun 2003. Operasi ini telah dinamakan
sebagai Ops MV Paulijing. Operasi ini juga melibatkan anggota dari Pasukan Khas
Pasukan Gerakan Marin.
69 Komando juga terlibat dalam operasi mencari dan
menyelamat bersama anngota penyelamat seperti Jabatan Bomba dan Jabatan
Pertahanan Awam seperti Kes Orang Hilang, Pesawat Terhempas dan Lemas.
Antaranya ialah Misi Mencari dan Menyelamat pesawat helikopter milik Hornbill
Skyways yang terhempas di Sarawak, insiden jambatan gantung runtuh di Perak dan
pesawat Nuri yang terhempas yang telah mengorbankan anggota TUDM di Pahang.
1 Mac 2013 Anggota VAT 69 dan PDRM terlibat dalam insiden
Lahad Datu yang mengorbankan 2 orang anggota VAT 69 akibat serangan hendap
Askar Diraja Sultan Sulu pada 1 Mac 2013. VAT 69 berjaya membunuh 12 orang
penceroboh dalam serangan hendap itu.
Sebagai pasukan Polis Diraja Malaysia yang juga merupakan salah satu pasukan elit di dalam PDRM, mereka bukan lah hanya mahu diangkat martabat malah disanjung tinggi cukup lah dengan hanya mengenang segala pengorbanan yang telah di buat demi menjaga maruah kedaulatan negara yang tercinta. Mungkin sebelum ini tidak ramai yang tahu apakah itu Komando 69, di sebalik keamanan negara yang sekian lama rakyat dikecapi mereka semua lupa segenap pengorbanan oleh warga PDRM lakukan demi negara yang tercinta bumi Malaysia. Mari kita semua sedahkan Al- Fatihah kepada semua pejuang-pejuang negara yang gugur demi mempertahankan kedaulatan negara....
Situs Judi Online Casino | Daftar Agen Casino Resmi di Indonesia
ReplyDeleteSitus judi 1xbet online casino adalah situs agen judi online terpercaya dalam daftar game judi seperti judi 제왕카지노 slot online, judi live casino, judi bola, slot joker123 terbaik. worrione