Friday 14 July 2017

Mula Cabaran Sebagai pelajar PJJ

Assalamualaikum w.b.t

Memandangkan ini adalah kali kedua menulis blog (baru belajar create blog) so nak mintak maaf awal2 kalau susunan agak terabur dan view agak skema sebab lom pandai nak letak background yang cun2 lagi..  kumpulan pelajar PJJ dari PACE UUM Kuala Lumpur ini terdiri daripada:




  1. Nurul Naim Bin Ridzuan (249721)
  2. Umi Amirah Binti A Bakar @ Abd Halim (249458)
  3. Mohamad Shamsul Anuar Bin Rahim (249788)
  4. Shazrie Bin Zainal Abidin  (249732)
  5. Nasrullah Bin Haron  (249805)
  6. Roma Dingon  (249725)


Berkenaan dengan tajuk kat atas tu, kami tahu bahawa ramai lagi yang ada pengalaman study part-time macam kami ni untuk berusaha ke arah masa depan yang lebih baik untuk mengubah kehidupan yang sedia ada ini kepada kehidupan yang lebih baik. Walaupun nak berjaya hari ni, ramai yang kata "kelulusan tak tinggi pun leh berjaya la,tengok si polan tu,kaya jugak walaupun belajar tak tinggi".Yalah makcik,tapi cari ilmu tu kan dituntut dalam agama, so kita set nak blajar sebab nak cari ilmu,kalau dapat naik pangkat itu adalah satu bonus.ok?? Sebelum tu kami nak terang maksud PJJ kat korang na sebab mungkin ada yang lom jelas tentang definisi PJJ ni. Ha ni serba ringkas definisi yang di cut n paste sebab kalau nak terangpun sama jugak maksudnya.

APA ITU PJJ???

Pada zaman teknologi moden yang semakin mencabar ini, manusia perlu melengkapkan diri dengan berbagai-bagai ilmu pengetahuan untuk menigkatkan mutu kehidupan. Di negara maju, istilah Pengajian Jarak Jauh (PJJ) bukan lagi merupakan istilah baru. Sistem PJJ telah diterima di seluruh dunia sebagai pendidikan yang sah dan diakui setanding dengan bentuk pendidikan yang lain. Kemajuan PJJ amatlah penting kerana sistem ini memberi pilihan pendidikan kepada golongan Konsep Pengajian Jarak Jauh

Pada prinsipnya kaedah PJJ mendokong konsep pemisahan antara pengajar dan pelajar. Dengan itu pengajaran dan pembelajaran berlangsung melalui bahan-bahan pembelajaran kendiri dalam pelbagai media. Dalam konteks PJJ, pembelajaran kendiri membawa maksud bahawa pelajar belajar bersendirian, tidak bertemu muka selalu dengan pengajar dan juga rakan yang lain. Pelajar PJJ bebas mempelajari sesuatu subjek mengikut selera ataupun kaedah masing-masing. Menurut Rozhan Hj. Mohammad Idrus (1994) terdapat dua ciri utama yang amat penting dalam pelaksanaan PJJ:
Segala pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara formal dapat dilaksanakan dan diseliakan secara jarak jauh iaitu dalam keadaan pelajar terpisah daripada pengajar. Tanggungjawab pembelajaran telah dipindahkan kepada pelajar itu sendiri. Dengan secara sendirian, pelajar akan belajar dan juga menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran bagi menambah dan memperolehi ilmu serta kemahiran yang dicari .manusia yang mahu menimba ilmu dengan cara yang berbeza daripada pendidikan formal.


PACE ditubuhkan pada 1 April 1999 bagi menyediakan peluang kepada masyarakat untuk meningkatkan taraf pendidikan dan mencapai tahap kelululusan yang lebih tinggi. PACE mempunyai tiga (3) unit utama iaitu : Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ), Unit Kerjasama & Berkembar (UKB), dan Unit Antarabangsa & Eksekutif (UAE).

VISI
Menjadi pusat pengurusan pendidikan berterusan terkemuka.

MISI
Melahirkan modal insan yang inovatif menerusi program pendidikan berterusan yang berkualiti.

MOTO
Gerbang pendidikan berterusan.

Sejak 1 April 1996, Unit Pendidikan Jarak Jauh (UPJJ) yang dahulu dikenali sebagai Pusat Inovasi Pendidikan (Pusat Inovasi Pendidikan-PIP) telah menguruskan pembelajaran jarak program (PJJ) di UUM. Walau bagaimanapun, dengan perkembangan pesat dalam sektor pendidikan, PACE telah ditubuhkan pada April 1999 , dan pengurusan UPJJ telah dipindahkan ke bawah pentadbiran PACE .
Dalam struktur yang dahulu, terdapat tiga (3) unit pentadbiran, iaitu Unit Pendidikan Jarak Jauh (UPJJ),Unit Francais dan Berkembar (UFB) dan Unit Pembangunan dan Pendidikan (UPP).

Program pertama UPJJ adalah Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dengan Kepujian BBA (Hons) pada 11 April 1998 dan program kedua adalah Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Awam dengan Kepujian BPM (Hons) telah diperkenalkan kepada calon-calon. Pada 1 April 1999, Unit kerjasama dan Berkembar (UKB) yang ditubuhkan pada 3 Mei 1998 (sebelum ini di bawah Pusat Penyelidikan & Perundingan (PPP)) telah diserahkan kepada dan ditadbir oleh PACE .Ia mengendalikan program Kerjasama & Berkembar antara UUM dengan Institusi Pengajian Tinggi Swasta ( IPTS).

Selain daripada unit-unit yang sedia ada , Unit Pembangunan Korporat (UPK) juga diwujudkan untuk merancang kursus-kursus jangka pendek yang menawarkan sijil anugerah kehadiran kepada para peserta. PACE dibangunkan lagi apabila Unit Diploma Kawal Setia (UKS) telah ditubuhkan pada 15 Disember 2001 untuk menyelaras penyeliaan program-program diploma yang sebelum ini diselaraskan oleh Fakulti.

Selepas penubuhan unit pengawasan ini, program diploma yang dijalankan oleh setiap fakulti dengan kolaborasi swasta Institusi Pengajian Tinggi (IPTS) telah diletakkan di bawah pengurusan UKB.

Pada masa ini, unit-unit di bawah pengurusan PACE terdiri daripada tiga unit utama iaitu:

  • ·         Program Pendidikan Jarak Jauh
  •            Program Kerjasama & Berkembar
  • ·         Program Antarabangsa dan Eksekutif


Pada 14 oktober 2016 bermulanya pendaftaran sebagai pelajar di bawah naungan Universiti Utara Malaysia dengan seramai lebih kurang 200 pelajar telah datang ke UUM cawangan Kuala Lumpur untuk menjalani sesi pendaftaran serta mengangkat sumpah ikrar sebagai pelajar UUM. Pelbagai krusus yang ditawarkan dengan tempoh pengajian akan memakan masa 4 hingga 5 tahun. Maka dengan itu kami bagai menempuh pelbagai cabaran onak duri kehidupan sebagai pelajar pengajian jarak jauh dimana kelas diadakan sebanyak 2 kali dalam tempoh sebulan mengikut sesi pengajian. Sehingga kini pada sesi April 2017 ini kami telah berjaya menempuh suka duka di semester ke2 ini. Banyak lagi cabaran yang bakal kami hadapi sehingga hari konvoksyen iaitu hari yang amat dinantikan oleh semua golongan pelajar tidak kira pelajar yang mengambil pengajian jarak jauh dan pelajar sepenuh masa.



Tugasan di kelas banyak membantu sistem permarkahan pada peperiksaan akhir kerana para pelajar PJJ ini dengan memberi peluang kepada para pelajar menimba ilmu disamping cabaran pelajar yang mempunyai komitmen yang lain seperti komitmen terhadap keluarga dan komitmen terhadap kerjaya masing-masing. Tugasan individu dan tugasan kumpulan akan mempengaruhi skema permarkahan dan ini akan meyumbang kepada markah pada peperiksaan akhir. Setiap pelajar PJJ akan bertungkus lumus bagi menyiapkan tugasan masing-masing 

Hari peperiksaan akhir semester bakal tiba, maka bermula la cerita palajar-pelajar part-time nih bertungkus lumus membaca buku, membaca nota-nota yang lepas, membuat study group dan macam-macam lagi. Menjalani kehidupan sebagai pelajar disamping mempunyai kerja hakiki yang perlu dibuat untuk menampung perbelanjaan seharian memerlukan jadual yang teratur dengan membahagikan antara masa dengan keluarga bagi pelajar yang berkahwin, masa dengan kerja-kerja hakiki yang tidak pernah habis, pelajar perlu menjalani rutin harian dengan tambahan kerja-kerja penugasan daripada Universiti, hal ini amat memerlukan pelajar tersebut mengatur jadual supaya ia tidak membuatkan para pelajar menjadi serabut apabila memikirkan peperiksaan akhir yang makin hampir ini. Moga kesemua pelajar dapat menamatkan pelajaran demi untuk mencapai matlamat masing-masing yang disimpan apabila mula-mula menjejak kaki untuk melanjutkan Pengajian Jarak Jauh ini.




Wednesday 3 April 2013

Komando 69 Tahu kah anda??




VAT 69 atau 69 Komando merupakan pasukan Operasi khas Polis Diraja Malaysia berpengkalan di Markas Briged Utara Ulu Kinta,Perak dan diletakkan dibawah arahan Timb. Jabatan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam.






69 Komando sejarahnya bermula.

69 Komando telah dilatih khusus oleh pasukan United Kingdom Special Air Service Regiment pada tahun 1969 untuk membanteras sebarang kegiatan insurgensi oleh Parti Komunis Malaya. Nama 69 Komando ini diambil bersempena tahun 1969 ditubuhkan sebagai unit tempur khas untuk menghapuskan sebarang bentuk teknik pertempuran dan taktik gerila oleh pengganas komunis. Penubuhan unit ini bermula apabila Menteri Dewan negeri perak mengemukakan cadangan untuk menubuhkan satu pasukan elit untuk menentang
sebarang bentuk ancaman insurgensi komunis pada tahun 1969 di kawasan Perak. Pada bulan Oktober 1969, lebih kurang 60 daripada 1600 pegawai dan anggota Pasukan Polis Hutan (sekarang Pasukan Gerakan Am, PGA) telah dipilih dalam sesi latihan 69 Komando dan akan menjalani latihan asas komando. Sepasukan jurulatih dari United Kingdom Special Air Service Regiment telah dihantar ke Fort Kemar Grik, Perak untuk melatih platun percubaan 69 Komando. Diakhir latihan ini, hanya 30 orang sahaja yang berjaya dan merupakan trup nukleus pertama 69 Komando. Pada tahun 1970an, unit ini memulakan operasi komandonya dan telah dihantar untuk menghapuskan pengganas komunis di hutan. Keputusannya, ramai di antara pengganas komunis telah dibunuh, dicederakan dan lain-lain berjaya ditangkap serta jumlah senjata dan kelengkapan komunis berjaya dirampas. Pada tahun 1977, skuadron 69 Komando telah pertingkatkan kepada 3 pasukan dan telah dilatih oleh New Zealand Special Air Service serta mengadakan kursus khas untuk melatih para jurulatih 69 Komando yang terdiri daripada anak watan Malaysia sendiri. Program ini berjaya pada tahun 1980 dan unit ini mempunyai sebarang kelengkapan khas dan keperluan logistiknya sendiri. 69 komando jugak sering dinamakan sebagai Unit Tindakan Khas Ulu Kinta semasa mereka masih memakai beret Merun Unit itu suatu masa dahulu. Kini 69 Komando lebih dikenali sebagai Pasukan Gerakan Khas (PGK) dikalangan Pasukan Sahabat dalam PDRM.




Lambang/maksud yang tersirat VAT 69/PGK Bravo.

Motto> Warisan Darah Perwira
Hitam>Simbolik kepada penugasan 69 Komando dalam operasi-operasi yang mempunyai kerahsiaan yang tinggi.
Merah>Melambangkan keberanian bagi Perwira - perwira 69 Komando
Kuning>Melambangkan Ketaatsetiaan kepada Raja dan Negara.
Lembing / Tombak>Senjata tradisi yang digunakan oleh pahlawan-pahlawan dan pendekar-pendekar Melayu.
2 Bilah Kerambit>Merujuk kepada angka 69, melambangkan membunuh musuh secara senyap




Latihan asas 69 Komando terdiri daripada 3 fasa.

Fasa Pertama
Setiap pelatih akan diberi latihan khusus dalam teknik rondaan khas.

Fasa Kedua
Setiap pelatih akan diberi latihan dan teknik seperti penyusupan khas, komunikasi, perubatan perang dan penggunaan bahan letupan. Para pelatih diajar memasang jerangkap samar, mematikan bahan letupan dan pelbagai teknik pertempuran.



Fasa Ketiga
Latihan yang terakhir, para pelatih akan diuji dengan pelbagai aspek berkaitan teknik-teknik yang telah dipelajari. Diakhir latihan, perhatian khusus akan diberi kepada pelatih-pelatih untuk menentukan siapa diantara yang mempunyai potensi sebagai anggota unit ini.


Payung Terjun.

Pasukan payung terjun 69 Komando  bermula pada 1978 dimana 65 pegawai dan anggota 69 Komando dihantar ke Hua Hin, Thailand untuk dilatih oleh tenaga pengajar dari Pusat Latihan Payung Terjun Pasukan Polis Sempadan Polis Diraja Thailand. Latihan asas payung terjun dijalankan selama sebulan dimana setiap pelatih dikehendaki melakukan terjun statik. Setiap peserta hendaklah melakukan 10 kali penerjunan termasuk sekali di permukaan air. Setelah mendapatkan sayap penerjunan, semua pelatih akan dilatih dengan penerjunan bebas atau kursus lanjut (HALO / HAHO).


Cawangan Latihan Payung Terjun (PARA) 69 Komando bertanggung jawab untuk mempertingkatkan latihan payung terjun dari asas hingga ke peringkat lanjutan, termasuk rappelling & abseiling dari helikopter. Secara fakta, 69 Komando juga turut melatih kemampuan mereka tersendiri.

Selain itu Unit Tindakan Khas (UTK) juga turut mendapatkan sayap Payung Terjun PGK dengan mengikuti kursus Asas Payung Terjun yang dikendalikan oleh Cawangan Latihan Payung Terjun (PARA) 69 Komando (PGK).Setelah mendapat latihan dari PULPAK Sungai Udang Melaka.


Tempur Jarak Dekat (CQB) dan Menyelamat Tebusan.

Latihan tempur jarak dekat dijalankan oleh jurulatih 69 Komando sendiri setelah mendapat latihan dan tunjuk ajar dari British Special Air Service (SAS) suatu ketika dahulu. Kursus ini dikhaskan untuk taktik dan teknik operasi anti-pengganas. Antaranya adalah menyelamat tebusan di dalam bangunan, pesawat dan kereta api.
Selam Tempur/Combat Diving
Keanggotaan lain yang diterapkan dalam 69 Komando adalah selam tempur, semua pegawai dan anggota 69 Komando mampu melaksanakan misi penyelaman. Latihan selama sebulan dilanjutkan dengan kursus ’Dive Master’ dengan kemampuan menyelam sedalam 150 kaki (50 meter). Mereka mampu dikerahkan dari pesawat helikopter.



Umumnya, kemampuan anggota 69 Komando berkemungkinan mengikuti kursus peringkat master untuk pertempuran gerila/hutan, FIBUA / OBUA / MOUT, penembak tepat, mencari dan menyelamat, payung terjun, tempur jarak dekat, tempur tanpa senjata, komunikasi, selam tempur, perubatan, kawalan rapat dan juga serbuan kapal.

Keputusan 69 Komando untuk menjadikan kemampuan cross-training dibuat bagi semua anggota untuk memiliki lebih dari satu keanggotaan. Setiap tahun beberapa anggota 69 Komando juga turut dihantar untuk mengikuti kursus di luar negara.





Misi dan Operasi Komando 69


Pasukan elit 69 Komando mempunyai rekod pertempuran yang baik tetapi mempunyai profil yang rendah.
Sebagai 'pasukan khas' yang menganggotai Pasukan Mencegah Keganasan bersama tiga unit elit Angkatan Tentera Malaysia yang lain Majlis Keselamatan Negara (MKN) di bawah arahan no. 18 iaitu pengurusan dan pengendalian krisis, 69 Komando PGK merupakan responder keempat dan diletakkan dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan selepas Rejimen Gerak Khas (RGK), Pasukan Khas Laut (PASKAL) dan Pasukan Khas Udara (PASKAU) untuk menangani krisis dan keganasan yang kritikal. Jika sekiranya Unit Tindak Khas gagal menangani sebarang keadaan ancaman.

1969 - 69 Komando memulakan operasi pertamanya di hutan dan berjaya menumpaskan sebilangan besar komunis dan merampas kesemua senjata dan kelengkapan komunis.
Berikutan insiden kegiatan lanun yang mengganas di kawasan pekan di Sabah, pasukan 69 Komando PGK telah dihantar beroperasi untuk menumpaskan aktiviti lanun di Sabah dan hasilnya, kegiatan lanun berjaya dihapuskan.

2001 Seorang ahli militan MNLF Filipina bernama Rizal Aleh berjaya melarikan diri ke Sabah bersama bapanya dan memulakan kegiatan jenayah dengan taktik-taktik lanun. Apabila 69 Komando yang diketuai oleh DSP Mohd Noor bin Razak dihantar sekali lagi ke Sabah dalam Operasi yang digelar OPS Rambo II, Rizal, bapanya dan rakan-rakannya berjaya diberkas dan dihadapkan ke mahkamah Semenanjung atas jenayah yang dilakukan, kemudiannya Rizal dan bapanya diserahkan kepada kerajaan Filipina memandangkan kedua-duanya amat dikehendaki oleh pihak berkuasa di negara tersebut.

2005 - Lima pegawai dan 32 anggota dari Pasukan Anti-Pengganas 69 Komando Ulu Kinta telah diterbangkan ke Kukup bagi melaksanakan operasi merampas semula sebuah kapal MV Natris yang telah ditukar nama kepada MV Paulijing dipercayai dilarikan di perairan Bertam, Indonesia. Kapal tersebut telah dikesan oleh Pasukan Gerakan Marin di perairan Selat Melaka setelah dilaporkan hilang pada tahun 2003. Operasi ini telah dinamakan sebagai Ops MV Paulijing. Operasi ini juga melibatkan anggota dari Pasukan Khas Pasukan Gerakan Marin.


69 Komando juga terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat bersama anngota penyelamat seperti Jabatan Bomba dan Jabatan Pertahanan Awam seperti Kes Orang Hilang, Pesawat Terhempas dan Lemas. Antaranya ialah Misi Mencari dan Menyelamat pesawat helikopter milik Hornbill Skyways yang terhempas di Sarawak, insiden jambatan gantung runtuh di Perak dan pesawat Nuri yang terhempas yang telah mengorbankan anggota TUDM di Pahang.

1 Mac 2013 Anggota VAT 69 dan PDRM terlibat dalam insiden Lahad Datu yang mengorbankan 2 orang anggota VAT 69 akibat serangan hendap Askar Diraja Sultan Sulu pada 1 Mac 2013. VAT 69 berjaya membunuh 12 orang penceroboh dalam serangan hendap itu.



Sebagai pasukan Polis Diraja Malaysia yang juga merupakan salah satu pasukan elit di dalam PDRM, mereka bukan lah hanya mahu diangkat martabat malah disanjung tinggi cukup lah dengan hanya mengenang segala pengorbanan yang telah di buat demi menjaga maruah kedaulatan negara yang tercinta. Mungkin sebelum ini tidak ramai yang tahu apakah itu Komando 69, di sebalik keamanan negara yang sekian lama rakyat dikecapi mereka semua lupa segenap pengorbanan oleh warga PDRM lakukan demi negara yang tercinta bumi Malaysia. Mari kita semua sedahkan Al- Fatihah kepada semua pejuang-pejuang negara yang gugur demi mempertahankan kedaulatan negara....