Assalamualaikum w.b.t
Memandangkan ini adalah kali kedua menulis blog (baru belajar create blog) so nak mintak maaf awal2 kalau susunan agak
terabur dan view agak skema sebab lom pandai nak letak background yang cun2 lagi.. kumpulan pelajar PJJ dari PACE UUM Kuala Lumpur ini terdiri daripada:
- Nurul Naim Bin Ridzuan (249721)
- Umi Amirah Binti A Bakar @ Abd Halim (249458)
- Mohamad Shamsul Anuar Bin Rahim (249788)
- Shazrie Bin Zainal Abidin (249732)
- Nasrullah Bin Haron (249805)
- Roma Dingon (249725)
Berkenaan dengan tajuk kat atas tu, kami tahu bahawa ramai lagi yang
ada pengalaman study part-time macam kami ni untuk berusaha ke arah masa depan
yang lebih baik untuk mengubah kehidupan yang sedia ada ini kepada kehidupan yang lebih baik. Walaupun nak berjaya hari ni, ramai yang kata "kelulusan
tak tinggi pun leh berjaya la,tengok si polan tu,kaya jugak walaupun belajar
tak tinggi".Yalah makcik,tapi cari ilmu tu kan dituntut dalam agama, so kita
set nak blajar sebab nak cari ilmu,kalau dapat naik pangkat itu adalah satu
bonus.ok?? Sebelum tu kami nak terang maksud PJJ kat korang na sebab mungkin ada
yang lom jelas tentang definisi PJJ ni. Ha ni serba ringkas definisi yang di
cut n paste sebab kalau nak terangpun sama jugak maksudnya.
APA ITU PJJ???
Pada zaman teknologi moden yang semakin mencabar ini,
manusia perlu melengkapkan diri dengan berbagai-bagai ilmu pengetahuan untuk
menigkatkan mutu kehidupan. Di negara maju, istilah Pengajian Jarak Jauh (PJJ)
bukan lagi merupakan istilah baru. Sistem PJJ telah diterima di seluruh dunia
sebagai pendidikan yang sah dan diakui setanding dengan bentuk pendidikan yang
lain. Kemajuan PJJ amatlah penting kerana sistem ini memberi pilihan pendidikan
kepada golongan Konsep Pengajian Jarak Jauh
Pada prinsipnya kaedah PJJ mendokong konsep pemisahan antara
pengajar dan pelajar. Dengan itu pengajaran dan pembelajaran berlangsung
melalui bahan-bahan pembelajaran kendiri dalam pelbagai media. Dalam konteks
PJJ, pembelajaran kendiri membawa maksud bahawa pelajar belajar bersendirian,
tidak bertemu muka selalu dengan pengajar dan juga rakan yang lain. Pelajar PJJ
bebas mempelajari sesuatu subjek mengikut selera ataupun kaedah masing-masing.
Menurut Rozhan Hj. Mohammad Idrus (1994) terdapat dua ciri utama yang amat
penting dalam pelaksanaan PJJ:
Segala pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara
formal dapat dilaksanakan dan diseliakan secara jarak jauh iaitu dalam keadaan
pelajar terpisah daripada pengajar. Tanggungjawab pembelajaran telah dipindahkan kepada pelajar
itu sendiri. Dengan secara sendirian, pelajar akan belajar dan juga menjalankan
aktiviti-aktiviti pembelajaran bagi menambah dan memperolehi ilmu serta
kemahiran yang dicari .manusia yang mahu menimba ilmu dengan cara yang berbeza
daripada pendidikan formal.
PACE ditubuhkan pada 1 April 1999 bagi menyediakan peluang
kepada masyarakat untuk meningkatkan taraf pendidikan dan mencapai tahap
kelululusan yang lebih tinggi. PACE mempunyai tiga (3) unit utama iaitu :
Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ), Unit Kerjasama & Berkembar (UKB), dan
Unit Antarabangsa & Eksekutif (UAE).
VISI
Menjadi pusat pengurusan pendidikan berterusan terkemuka.
MISI
Melahirkan modal insan yang inovatif menerusi program
pendidikan berterusan yang berkualiti.
MOTO
Gerbang pendidikan berterusan.
Sejak 1 April 1996, Unit Pendidikan Jarak Jauh (UPJJ) yang
dahulu dikenali sebagai Pusat Inovasi Pendidikan (Pusat Inovasi Pendidikan-PIP)
telah menguruskan pembelajaran jarak program (PJJ) di UUM. Walau bagaimanapun,
dengan perkembangan pesat dalam sektor pendidikan, PACE telah ditubuhkan pada
April 1999 , dan pengurusan UPJJ telah dipindahkan ke bawah pentadbiran PACE .
Dalam struktur yang dahulu, terdapat tiga (3) unit
pentadbiran, iaitu Unit Pendidikan Jarak Jauh (UPJJ),Unit Francais dan
Berkembar (UFB) dan Unit Pembangunan dan Pendidikan (UPP).
Program pertama UPJJ adalah Ijazah Sarjana Muda Pengurusan
Perniagaan dengan Kepujian BBA (Hons) pada 11 April 1998 dan program kedua
adalah Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Awam dengan Kepujian BPM (Hons) telah
diperkenalkan kepada calon-calon. Pada 1 April 1999, Unit kerjasama dan
Berkembar (UKB) yang ditubuhkan pada 3 Mei 1998 (sebelum ini di bawah Pusat
Penyelidikan & Perundingan (PPP)) telah diserahkan kepada dan ditadbir oleh
PACE .Ia mengendalikan program Kerjasama & Berkembar antara UUM dengan
Institusi Pengajian Tinggi Swasta ( IPTS).
Selain daripada unit-unit yang sedia ada , Unit Pembangunan
Korporat (UPK) juga diwujudkan untuk merancang kursus-kursus jangka pendek yang
menawarkan sijil anugerah kehadiran kepada para peserta. PACE dibangunkan lagi
apabila Unit Diploma Kawal Setia (UKS) telah ditubuhkan pada 15 Disember 2001
untuk menyelaras penyeliaan program-program diploma yang sebelum ini
diselaraskan oleh Fakulti.
Selepas penubuhan unit pengawasan ini, program diploma yang
dijalankan oleh setiap fakulti dengan kolaborasi swasta Institusi Pengajian
Tinggi (IPTS) telah diletakkan di bawah pengurusan UKB.
Pada masa ini, unit-unit di bawah pengurusan PACE terdiri
daripada tiga unit utama iaitu:
- · Program Pendidikan Jarak Jauh
- Program Kerjasama & Berkembar
- · Program Antarabangsa dan Eksekutif

